Friday 22 February 2013

'SUPPLEMENT' DAN PENYUSUAN IBU

Assalammualaikum w.b.t






Post kali ini lebih kepada ibu2 yang menyusukan bayi atau bakal2 ibu yang perlukan info2 tentang penyusuan.
Dari tajuk pun kita boleh tahu apa yang nak adwa sharekan kali ini...

Selalunya mengikut pengalaman adwalah kan bila menjual apa2 produk pasti ada yang bertanya produk ni sesuai tak untuk mereka yang sedang mengandung atau mereka yang menyusukan bayi. Yela mana tak risau kan, kita pun tahu apa yang ibu ambil dan makan pasti bayi pun akan dapat sama contoh kalau ibu makan makanan yang berzat pasti bayinya pun akan dapat kebaikan makanan berzat yang dimakan tu tapi jika tak itu laa yang sebaliknya..

Jadi bagi ibu2 yang menyusukan bayi seandainya anda mengambil supplement untuk tujuan penyusuan, perlulah difahami bahawa vitamin bukanlah salah satu untuk membanyakkan susu ibu. Vitamin diambil demi memastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga ceria dan terus bersemangat dan secara langsung mampu membekalkan susu ibu kepada si manja.

Kejayaan penyusuan antaranya adalah bergantung kepada kesihatan ibu. Konsep asas penyusuan perlulah difahami terlebih dahulu iaitu "Lebih Kerap Bayi Disusukan Atau Lebih Kerap Sesi Perahan Maka Lebih Banyak Susu Ibu Dihasilkan"

Jadi pengambilan vitamin akan memberikan kesan yang besar dalam dunia penyusuan sekiranya si ibu memenuhi keperluan di bawah dengan penuh disiplin dan konsisten.

1. Si ibu kerap menyusukan bayi secara langsung atau bagi ibu yang bekerjaya, membuat sesi perahan yang konsisten setiap 3 jam atau tidak lebih dari itu sehingga payudara benar2 kosong.

2. Si ibu memastikan pengambilan air yang seimbang dan secukupnya setiap hari iaitu tidak kurang dari 3L sehari dan memastikan tidak berdiet dalam menjayakan penyusuan lengkap buat si manja.

3. Si ibu juga digalakkan mendekatkan diri dengan Pencipta demi memastikan keseimbangan keperluan rohani dan jasmani dititikberatkan. Bagi Muslim, doa dan zikir sangat digalakkan bukan hanya semasa membuat sesi perahan atau sedang menyusukan bayi, tetapi menjadi amalan rutin agar mudah mencapai gelombang alfa, iaitu ketenangan supaya penyusuan dapat berlangsung dengan lancar.

Jadi para2 ibu di luar sana diharap info yang dikongsikan ini dapat membantu anda dan selamat menyusukan bayi anda. Semoga bayi anda membesar dengan sihat. In sya ALLAH.

Dan jangan lupa untuk lawat dan like page shaklee's healthier life ini tau uolsss...kat page tu ada menjual pelbagai supplement bukan sahaja untuk kesihatan malah juga supplement untuk kecantikan untuk pelbagai peringkat umur dari kanak2 hingga laa orang dewasa...

No comments:

Post a Comment