Tuesday 26 February 2013

SHAKLEE

Assalammualaikum w.b.t





Seperti post2 sebelum ini, adwa banyak share kan info2 tentang kesihatan. Jadi post kali ni adwa nak sharekan satu produk yang memang menjual supplement bukan sahaja untuk kesihatan malah ia juga ada menjual supplement untuk kecantikan.

Kalau adwa sebutkan produk shaklee, pasti ada yang biasa dengar dan ada juga yang tak pernah kenal or dengar pun nama produk ni kan. Jadi kali ni adwa nak memperkenalkan pada semua satu produk kesihatan shaklee yang menumpukan pada produk seperti supplement.

Baiklah, mari adwa ceritakan mengapa shaklee perlu dijadikan pilihan sebagai antara produk makanan tambahan atau supplement seharian. Antara sebab mengapa shaklee perlu dipilih adalah kerana :-

- shaklee adalah berasakan sumber semula jadi yang tulen dan bebas dari bahan pengawet, tiruan, pemanis, pewarna dan perisa

- setiap bahan dalam produk shaklee telah diuji dengan kawalan kualiti untuk ketulenan dan bebas dari bahan berbahaya seperti racun serangga

- setiap ramuan botanikal turut diuji oleh pihak ketiga

- setiap produk mengandungi ramuan aktif yang tepat untuk kesihatan yang optimum secara konsisten

- shaklee juga mematuhi Good Manufacturing Practice piawaian kawalan kualiti yang lebih ketat berbanding yang lain

- produk shaklee terserlah di seluruh dunia dengan membantu para atlet dan angkasawan NASA untuk misi mereka

- produk shaklee di malaysia di sahkan Halal oleh ISA-Islamic Services of America, badan yang diiktiraf oleh JAKIM

Jadi mulai sekarang buat pilihan dengan mengambil shaklee sebagai produk untuk makanan tambahan dan supplement seharian anda..
Bagi sesiapa yang nak tahu jenis produk, harga dan keistimewaan produk shaklee boleh singgah page shaklee's healthier life dan boleh pm atau inbox jew kat page tu untuk bertanya sebarang persoalan dan pertanyaan.


Friday 22 February 2013

'SUPPLEMENT' DAN PENYUSUAN IBU

Assalammualaikum w.b.t






Post kali ini lebih kepada ibu2 yang menyusukan bayi atau bakal2 ibu yang perlukan info2 tentang penyusuan.
Dari tajuk pun kita boleh tahu apa yang nak adwa sharekan kali ini...

Selalunya mengikut pengalaman adwalah kan bila menjual apa2 produk pasti ada yang bertanya produk ni sesuai tak untuk mereka yang sedang mengandung atau mereka yang menyusukan bayi. Yela mana tak risau kan, kita pun tahu apa yang ibu ambil dan makan pasti bayi pun akan dapat sama contoh kalau ibu makan makanan yang berzat pasti bayinya pun akan dapat kebaikan makanan berzat yang dimakan tu tapi jika tak itu laa yang sebaliknya..

Jadi bagi ibu2 yang menyusukan bayi seandainya anda mengambil supplement untuk tujuan penyusuan, perlulah difahami bahawa vitamin bukanlah salah satu untuk membanyakkan susu ibu. Vitamin diambil demi memastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga ceria dan terus bersemangat dan secara langsung mampu membekalkan susu ibu kepada si manja.

Kejayaan penyusuan antaranya adalah bergantung kepada kesihatan ibu. Konsep asas penyusuan perlulah difahami terlebih dahulu iaitu "Lebih Kerap Bayi Disusukan Atau Lebih Kerap Sesi Perahan Maka Lebih Banyak Susu Ibu Dihasilkan"

Jadi pengambilan vitamin akan memberikan kesan yang besar dalam dunia penyusuan sekiranya si ibu memenuhi keperluan di bawah dengan penuh disiplin dan konsisten.

1. Si ibu kerap menyusukan bayi secara langsung atau bagi ibu yang bekerjaya, membuat sesi perahan yang konsisten setiap 3 jam atau tidak lebih dari itu sehingga payudara benar2 kosong.

2. Si ibu memastikan pengambilan air yang seimbang dan secukupnya setiap hari iaitu tidak kurang dari 3L sehari dan memastikan tidak berdiet dalam menjayakan penyusuan lengkap buat si manja.

3. Si ibu juga digalakkan mendekatkan diri dengan Pencipta demi memastikan keseimbangan keperluan rohani dan jasmani dititikberatkan. Bagi Muslim, doa dan zikir sangat digalakkan bukan hanya semasa membuat sesi perahan atau sedang menyusukan bayi, tetapi menjadi amalan rutin agar mudah mencapai gelombang alfa, iaitu ketenangan supaya penyusuan dapat berlangsung dengan lancar.

Jadi para2 ibu di luar sana diharap info yang dikongsikan ini dapat membantu anda dan selamat menyusukan bayi anda. Semoga bayi anda membesar dengan sihat. In sya ALLAH.

Dan jangan lupa untuk lawat dan like page shaklee's healthier life ini tau uolsss...kat page tu ada menjual pelbagai supplement bukan sahaja untuk kesihatan malah juga supplement untuk kecantikan untuk pelbagai peringkat umur dari kanak2 hingga laa orang dewasa...

Thursday 21 February 2013

SUPPLEMENT

Assalammualaikum w.b.t






Kali ni adwa nak sharekan sedikit info mengenai pemakanan tambahan yang sudah menjadi semakin popular dan trend untuk masyarakat kini. Dengan gaya hidup yang serba pantas dan moden ni, kita sekarang kurang masa untuk memastikan badan kita dapat makanan yang seimbang jadi kerana itu laa semakin ramai yang lebih gemar mengamalkan pengambilan supplement untuk memastikan badan mendapatkan nutrisi yang seimbang dan yang diperlukan..

Okeyy, kat sini adwa nak kongsikan beberapa sebab kenapa badan kita perlukan 'SUPPLEMENT'.

Antara sebab2 badan kita memerlukan supplement adalah kerana badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya vitamin c dan vitamin e yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberikan kesan pencegahan dan anti penuaan.

Selain itu buah-buahan dan sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Vitamin c dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa memasak juga merupakan sebab mengapa supplement perlu diambil untuk badan kita.

Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafien, lemak, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.

Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta mengikut piramid makanan yang dicadangkan. Juga gaya hidup masa kini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG juga menjadi faktor tubuh badan memerlukan pengambilan supplement.

Dan bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya di luar dan malam memasak seringkas yang mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.

Jadi rakan2, memang betul badan yang sihat bergantung pada apa jenis makanan yang kita amalkan. Jangan ambil mudah dengan setiap apa yang kita ambil dan masukkan ke dalam mulut. Dengan keadaan masa kini yang terdapat pelbagai jenis penyakit yang tidak mengira siapa generasi samada muda atau tua yang akan menghidapi nya jadi lebih baik kita mencegah dari mengubati dan sudah terlambat untuk mencegahnya... maka dari awal laa kita perlu menjaga dan sayang tubuh badan kita yang dipinjamkan pada kita untuk sementara.

Tapi harus di ingat, dengan ada pelbagai jenis supplement yang semakin tumbuh seperti cendawan sekarang, kita sebagai pengguna harus bijak memilih. Jangan kerana terlalu ghairah untuk jadi cantik dan sihat membuatkan kita mahu mencuba semua jenis supplement yang ada dan dari niat untuk menjaga kesihatan terus jadi sebaliknya...

Entry ini juaga adwa nak kongsi kan antara supplement yang memang sudah lama di pasaran makanan tambahan dan telah pun terbukti keberkesanannya adalah supplement 'Shaklee'. Next entry in sya ALLAH adwa akan ceritakan kenapa shaklee harus dijadikan pilihan.
Tapi sebelum tu bagi yang ingin tahu mengenai produk shaklee ni bolehlaa jemput like page Shaklee's Healthier Life ni. Thanksss :)