Thursday 21 February 2013

SUPPLEMENT

Assalammualaikum w.b.t






Kali ni adwa nak sharekan sedikit info mengenai pemakanan tambahan yang sudah menjadi semakin popular dan trend untuk masyarakat kini. Dengan gaya hidup yang serba pantas dan moden ni, kita sekarang kurang masa untuk memastikan badan kita dapat makanan yang seimbang jadi kerana itu laa semakin ramai yang lebih gemar mengamalkan pengambilan supplement untuk memastikan badan mendapatkan nutrisi yang seimbang dan yang diperlukan..

Okeyy, kat sini adwa nak kongsikan beberapa sebab kenapa badan kita perlukan 'SUPPLEMENT'.

Antara sebab2 badan kita memerlukan supplement adalah kerana badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya vitamin c dan vitamin e yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberikan kesan pencegahan dan anti penuaan.

Selain itu buah-buahan dan sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Vitamin c dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa memasak juga merupakan sebab mengapa supplement perlu diambil untuk badan kita.

Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafien, lemak, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.

Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta mengikut piramid makanan yang dicadangkan. Juga gaya hidup masa kini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG juga menjadi faktor tubuh badan memerlukan pengambilan supplement.

Dan bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya di luar dan malam memasak seringkas yang mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.

Jadi rakan2, memang betul badan yang sihat bergantung pada apa jenis makanan yang kita amalkan. Jangan ambil mudah dengan setiap apa yang kita ambil dan masukkan ke dalam mulut. Dengan keadaan masa kini yang terdapat pelbagai jenis penyakit yang tidak mengira siapa generasi samada muda atau tua yang akan menghidapi nya jadi lebih baik kita mencegah dari mengubati dan sudah terlambat untuk mencegahnya... maka dari awal laa kita perlu menjaga dan sayang tubuh badan kita yang dipinjamkan pada kita untuk sementara.

Tapi harus di ingat, dengan ada pelbagai jenis supplement yang semakin tumbuh seperti cendawan sekarang, kita sebagai pengguna harus bijak memilih. Jangan kerana terlalu ghairah untuk jadi cantik dan sihat membuatkan kita mahu mencuba semua jenis supplement yang ada dan dari niat untuk menjaga kesihatan terus jadi sebaliknya...

Entry ini juaga adwa nak kongsi kan antara supplement yang memang sudah lama di pasaran makanan tambahan dan telah pun terbukti keberkesanannya adalah supplement 'Shaklee'. Next entry in sya ALLAH adwa akan ceritakan kenapa shaklee harus dijadikan pilihan.
Tapi sebelum tu bagi yang ingin tahu mengenai produk shaklee ni bolehlaa jemput like page Shaklee's Healthier Life ni. Thanksss :)





No comments:

Post a Comment